Sunday, November 11, 2012
12:33 AM
Assalamualaikum~!
Ada sesiapa peminat Justin ataupun Selena ataupun kedua-duaan, angkat tangan. \(^o^)/
Peminat-peminat sekalian, jom baca berita ini dan sebelum tu, korang kena sediakan tisu..

Justin Bieber, Selena Gomez

HUBUNGAN pasangan remaja sensasi Justin Bieber dan Selena Gomez disahkan berakhir pada minggu yang lalu.

Menurut laporan portal hiburan E! News, pasangan yang mula mendedahkan hubungan mereka sejak Februari 2011 itu difahamkan berpisahkan pada minggu yang lalu selepas beberapa kali dikhabarkan putus sebelum ini.

"Mereka berpisah pada minggu yang lalu. Jadual kerja yang padat menyulitkan keadaan untuk mengekalkan hubungan mereka," kata seorang sumber kepada portal itu.

Berita perpisahan itu timbul susulan desas-desus yang mendakwa Bieber dilihat keluar bersama dengan peragawati Victoria's Secret, Barbara Palvin di New York pada awal minggu ini.

Bieber dan Palvin dilihat bersama selepas penyanyi itu mengadakan persembahan pada pertunjukkan fesyen jenama itu di bandar raya berkenaan pada Rabu yang lalu.

Bieber dilihat keluar menonton teater berduaan dengan peragawati Barbara Palvin pada awal minggu ini.

Mereka kemudian dilihat bermesraan ketika menonton pementasan teater Lion King di Broadway.

Berita perpisahan dua bintang pop itu dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan kerana Bieber pernah mendedahkan sebelum ini dia tidak akan pergi ke mana-mana tanpa ditemani Selena.

"Saya tidak akan berpisah dengan Selena kerana saya tidak mahu dia beranggapan saya berasa malu ketika bersamanya.

"Saya percaya ramai lelaki mempunyai perasaan begitu, terutamanya apabila membabitkan urusan kerja.

"Mereka tidak mahu dilihat bersama kekasih, jadi mereka membuat keputusan untuk hadir pada sesuatu acara berasingan. Namun, saya dan Selena melakukan apa sahaja bersama," katanya. - mStar Online

Tamat... memang tak patutlah Mr. Bibir ni... hehehe xP peminat-peminat sekalian, anda sokong tak  Encik Bibir & Miss Selena ni putus?? ada yang ada, kan. Bagi sikit komen korang tentang ni.
Sampai sini saja la. Waalaikumussalam. (^o^)/
blog archive
credit
Skin by Wanaseoby. Background taken from favim.com. Cute images taken from cute secrets
Crystal Heart