Monday, July 14, 2014
6:26 AM
Krystal sedang bersiar-siar di taman. Dia ternampak rakan-rakannya yang ada di taman.

Muka mereka seperti sedih sekali.

Krystal pun bergegas menuju ke arah mereka.

Dia menepuk bahu salah satu mereka, tetapi tiada reaksi yang ada didapati oleh Krystal.

"Kenapa boleh terjadi ini?" kata Victoria.

"Krystal yang sudah tinggalkan kami tanpa kata apa-apa."

"Mungkin f(x) akan berakhir."

"Maafkan kami, Krystal!" f(x) menangis.

Krystal berasa aneh dengan rakan-rakannya.

Lalu, Krystal pun meminta diri ke bandar.

Krystal bersiar-siar di tepi kedai kedai.

Dia terjumpa baju yang cantik dan mahu membelinya.

Semasa dia tengok baju dari luar kedai, dia perasan yang cermin dia tengok tu tiada refleksinya kecuali penduduk yang sedang berjalan sana sini.

Perasaan Krystal semakin berat. Dia pun bergegas balik ke rumah.

Setelah di rumah, Krystal mencari kakak kesayangannya, Jessica. Malang nasib, Jessica sudah tiada dalam rumah. Krystal pun duduk dalam bilik dan fikir apa yang rakan-rakannya sudah kata.

Pada malam itu, Krystal terdengar bunyian orang. Krystal pun bangun dan berdiri di tepi tingkap.

Seorang lelaki pun masuk dalam biliknya dan mengambil gambar Krystal yang sedang berdiri.

Dalam gambar yang ditangkap itu, Krystal tiada di sana.

Krystal sekarang baru faham. Rupa-rupanya Krystal sudah meninggal dunia pada saat itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ada di dalam bilik itu hanyalah roh Krystal.


THE END

Labels:

blog archive
credit
Skin by Wanaseoby. Background taken from favim.com. Cute images taken from cute secrets
Crystal Heart